Kamis, 18 Agustus 2011

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT

BAHAN-BAHAN
  • 2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg berat 
  • Minyak untuk dilengser
  • 1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat
  • ½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat
  • 8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat
  • 1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat 
  • 3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat 
  • 1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat
  • ½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat
  • ½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat
  • 1 camca besar cili giling-untuk disumbat
  • Garam secukup rasa-untuk disumbat
  • 1 biji telur-untuk disumbat 
  • ½ cawan serbuk roti-untuk disumbat
CARA MEMBUATNYA
  1. Cairkan mentega di dalam periuk. 
  2. Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang dan bawang putih. Kacau hingga wangi. 
  3. Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata. Angkat dan masukkan garam, telur dan serbuk roti. Kacau hingga ia sebati. 
  4. Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit minyak. 
  5. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam perut ikan.
  6. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c. Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. 
  7. Siat kulit ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar