Rabu, 23 Maret 2011

RESEPI NASI AYAM PENYET

BAHAN BAHAN
  • 1/4 ayam tua (pencen)
UNTIK KISAR  ( UNTUK PERAP AYAM )
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar ketumbar
     
UNTUK MENYEDIAKAN AYAM PENYET
  1. Ayam diperap 30 minit dengan barang yang dikisar tadi tu (bahan untuk perap ayam) dengan sedikit garam
  2. Rebus ayam tadi sehingga empuk sebelum digoreng garing
  3. Kemudian hidangkan bersama hirisan timun, salad, kobis dan ulam-ulam yang anda suka
CARA MENYEDIAKAN SAMBAL
  1. Bahan-bahan ialah 20 biji cili api, 5 biji cili merah, 3 biji tomato dan 3 inci belacan.
  2. Semua bahan ini digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk (nak blend pun boleh).
CARA NAK MAKAN (nak kena ajar juga ke? )
  1. 1 pinggan nasi putih 
  2. 1 pinggan ayam yang telah siap digoreng tadi
  3. 1 mangkuk sambal
  4. 1 mangkuk sup
  5. makan

3 komentar: