Senin, 05 September 2011

BLACK PEPPER BEEF WITH MUSHROOM

 BAHAN-BAHAN
  •  ½ Kg Daging (direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris kasar) 
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris kasar) 
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis) 
  • 2 labu bawang merah (ditumbuk) 
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)  
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis 
  • 1 cm halia (ditumbuk) 
  • 1 sudu makan sos tiram 
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato 
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam 
  • Daun Orenggano 
  • Sedikit Lada Sulah 
  • Secubit gula  
  • Garam secukup rasa 
 CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.  
  2. Masukkan cili, halia dan sebahagian daripada bawang besar yang telah dihiris. 
  3. Tunggu sebentar sehingga bawang agak kekuningan. 
  4. Kemudian masukkan daging dan lada hitam, goreng sehingga agak garing.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili serentak.Masukkan lebihan bawang besar, lada sulah dan daun Orengano. Kacau dan masukkan gula dan garam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar