Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Sabtu, 26 Maret 2011

RESEPI DAGING MASAK LEMAK CILI PADI




BAHAN BAHAN
  •  ½ kg daging batang pinang
  • 2 batang serai
  • 20 biji cili padi
  • 3 biji ubi kentang
  • ½ inci kunyit hidup
  • 2 atau 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 helai daun kunyit
  • sedikit garam
  • ½ cawan air 
CARA MEMBUATNYA
  1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus.
  2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.
  3.  Jika daging telah empuk mskkan santan cair dan air tadi. Kemudian mskkan ubi kentang dan daun kunyit.
  4.  Apabila ubi kentang telah empuk, mskkan santan pekat dan garam.Tutup api
CADANGAN HIDANGAN

Jika hendak pedas, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna daging salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru best.
 

1 komentar:

  1. Chilly padi masak lemak - I love it for the spicy taste but have to replace the meat as we at home don't eat beef.

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...