Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Senin, 14 Maret 2011

RESEPI RENDANG TOK

Resepi ni aku mintak kat mak aku dari kedah tau..aku nak kongsi ngan korang semua..bagi aku memang sedap dan terbaik la resepi ni..

Resepi untuk 5 orang 

BAHAN YANG DIPERLUKAN
  • 1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka korang
  • 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
  • 100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa 
  • Daun kunyit dihiris halus-halus

  • Bahan2 kisar:-
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar/teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar/teh jintan putih
  • 1 sudu besar/teh jintan manis
  • 3 biji buah keras
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 25 biji cili kering
  • 5 batang serai
  • 5 cm halia
  • 20 biji bawang kecil 
Pastu apa nak buat pulak?? nak masak la plak kan..jeng jeng jeng

CARA MEMASAKNYA

  1. Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
  2. Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar
  3. Masukkan daing yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.
  4. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.
  5. Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.
  6. Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
  7. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus tadi pulak.ni untuk aroma
  8. Perlahankan api dan kacau hingga kering.
Dah kering tu tutup api dah siap untuk hidangan..boleh dimakan dengan nasi,ketupat,atau ikut la korang nak makan camana pon k.

1 komentar:

  1. sebijik cam resipi kat My Resipi ni..

    http://www.myresipi.com/top/detail/1436

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...