Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 26 Juni 2011

RESEPI MAGGIE GORENG

BAHAN-BAHAN
  • 4 peket maggie perisa kari  ( yang lain pon blh)
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
  • 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.
  • 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
  • 2 cawan air
  • minyak untuk menumis
utk hiasan:
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • cili merah 
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau sampai jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
  3. Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
  4. Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
  6. Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
  7. Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...