Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Kamis, 02 Juni 2011

RESEPI KUIH PAU AYAM



BAHAN-BAHAN
  • 500gm tepung pau/tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 sudu besar shortening
  • 250gm air suam
UNTUK INTI
  • 300gm isi ayam dipotong kecil
  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 1 biji lobak merah dipotong dadu
  • 2 sudu besar kari ayam, garam dan gula
  • 2 ulas bawang putih dan bawang merah
CARA MEMBUATNYA

DOH
  • gaul semua bahan-bahan kecuali air
  • kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
  • uli tepung hingga licin (tidak melekat di tangan)
  • tutup kain lembab, biar kembang 2x ganda
  • tumbuk adunan dan bahagi menjadi adunan kecil
  • bulat-bulatkan dan masukkan inti
  • lapik adunan atas daun pisang atau kertas
  • biarkan adunan tadi kembang/naik
  • panaskan kukusan
  • masukkan adunan dan kukus lebih kurang 10 minit/ sehingga masak
  • siap untuk dihidang
INTI
  • panasakan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih
  • masukkan kari yang telah dibancuh dan masukkan isi ayam, kacau
  • masukkan kentang, garam, lobak merah dan air
  • biarkan mendidih dan menjadi pekat
  • masak hingga lembut

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...