Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Jumat, 03 Juni 2011

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI PADI



BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kilo siput sedut
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili api
  • sedikit halia
  • sebatang serai
  • 1 biji kelapa diparut
  • garam secukup rasa
  • sedikit kunyit
  • sedikit gula
CARA MEMBUATNYA
  1. Perah santan, dapatkan santan pekat dan cair diasingkan 
  2. Cuci siput sedut, gaul dengan hampas kelapa tadi dan dibiarkan beberapa jam. Ini membuatkan bau lumpur hilang dan siput sedut akan lebih sedap. Pastikan bekas ditutup. kalau idak jenuh nak mengutipnya. siput tu masih boleh merayap biasanya. 
  3. Bawang-bawang, cili api dan halia dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan bahan tumis. 
  4. Bersihkan siput dan potong belakang (hujung)
  5. Tumiskan bawang, cili api dan halia, masukkan santan cair dan masukkan siput sedut. Masukkan juga garam,gula dan kunyit serta batang serai yang dititik.  
  6. Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan sebentar dan kemudian matikan api.

1 komentar:

  1. salam..
    saya amik resepi nie yer..nk try buat :) 1s time nak masak siput sedut

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...