Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Selasa, 14 Juni 2011

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN



BAHAN-BAHAN
  • 3 mangkuk nasi
  • 1/2 labu bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 8 biji cili padi diketuk
  • Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb nampla (sos ikan)
  • 2 helai kailan
  • 1 btg kacang panjang dipotong kecil
  • lobak merah di potong kecil
  • sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin) 
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.
  2. Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.
  3. Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan.

4 komentar:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...