Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....
Tampilkan postingan dengan label RESEPI MEE. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label RESEPI MEE. Tampilkan semua postingan

Senin, 27 Juni 2011

RESEPI MEE KUAH



BAHAN-BAHAN
  • 500g mee kuning
  • 5 cawan air rebusan tulang ayam
  • udang, daging, isi ayam
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
  • sawi
  • taugeh
  • tomato
  • bawang goreng
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam
  • gula
  • ajinomoto -sebagai penambah perisa
  • limau nipis 
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan isi ayam, daging atau udang. Kacau balik sekejap dalam 1-2 minit. Masukkan air rebusan
  3. Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk halus
  4. Masak sehingga mendidih dan daging empuk. Kemudian masukkan sawi, garam dan gula. Masak 2-3 minit. Padamkan api. Masukkan taugeh dan tomato yang dipotong
  5. Celur mee dalam air mendidih.
  6. Bila dah siap. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tadi.
  7. Hiaslah dengan bawang goreng dan perahkan limau nipis untuk lebih kick.

Sabtu, 11 Juni 2011

RESEPI MEE KARI UDANG


BAHAN-BAHAN
  • udang 1/2 kg
  • mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
  • rempah kari 2 senduk kecil
  • cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
  • bawang merah 6 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia 1/2 inci*
  • kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
  • daun kari 1 tangkai
  • tahu kering (yg macam dlm pic tu)
  • udang kering sikit*
  • asam keping dlm 2,3 keping
  • pati santan  @ kelapa parut sebijik
  • Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api 
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumbuk bahan *
  2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
  3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. Tapi pic kat atas tu tak buang kulit sebab M..
  4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
  7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.

Selasa, 24 Mei 2011

RESEPI MEE REBUS UDANG

BAHAN-BAHAN
  • 500 g mee kuning
  • 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
  • 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
  • Limau kasturi secukupnya
  • Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
  • 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
  • 250 g udang sederhana besar 
CARA MEMBUATNYA
  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
  • 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
  • 1 biji tomato, dibelah empat


Jumat, 20 Mei 2011

RESEPI MEE JAWA



BAHAN-BAHAN
  • mee kuning sebungkus (celur)
  • 2 biji sedang keledek merah (rebus & lecek)
  • 1 biji bawang besar (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 senduk kecil cili boh
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 10 ekor udang sedang *
  • 1 genggam udang kering (tumbuk)
  • garam dan gula
  • 2.5 liter air (boleh adjust)
  • minyak masak 
CARA MEMBUATNYA
  1. * rebus udang dengan garam. air rebusan diambil dan dikisar kulit udang. Hampas udang ditapis & diambil airnya shj.
  2. tuang minyak dalam periuk & tumis serai, bawang besar & putih serta udang kering hingga wangi
  3. kemudian masukkan cili boh dalam tumisan tadi serta goreng hingga pecah minyak.
  4. selepas itu, masukkan air rebusan udang & biarkan mendidih sedikit
  5. apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan kacau hingga kuah sebati
  6. akhir sekali perasakan dengan garam & gula serta masukkan udang

Selasa, 03 Mei 2011

RESEPI MEE SUP



BAHAN-BAHAN
  • Mee kuning, 
  • udang, 
  • ayam, 
  • 5 ulas bawang putih, 
  • 2 ulas bawang merah, 
  • lada hitam yg dikisar, 
  • cili,tauchu,kicap  
  • kubis,sawi,tauge,kacang tanah tumbuk,bawang goreng
CARA MEMBUATNYA

Ayam di potong kecil2,bersih dan toskan.
udang dibersihkan.

Lada hitam yg sudah dikisar dan bawang merah yg sudah ditumbuk diperapkan dengan udang.

Tumbuk bawang putih dengan cili kemudian tumiskan,masukkan tauchu kemudian masukkah udang yg diperap tadi dan ayam.Tunggu sehingga ayam dan udang masak ,masukkan air,kicap ,garam dan sedikit gula.
Masak sehingga mendidih kemudian perlahankan api. 


CARA HIDANGAN

Mee kuning,kubis,tauge dan sawi di celur dgn air panas ,toskan.
Masukkan mee,kubis,sawi,tauge dan tuangkan sup yg ditumis tadi,taburkan kacang tanah tumbuk,bawang goreng

dan daun sup/daun bawang. 

Senin, 18 April 2011

RESEPI MEE GORENG BASAH



BAHAN-BAHAN
  • 600g mee kuning
  • 2 ekor sotong
  • 6 ekor udang basah
  • 3 pokok sawi
  • 1 sb pes lada kering
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 sb sos tiram
  • 4 sb sos tomato
  • 1/2 sb kicap pekat
  • 3 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula & ajinomoto
  • ** lada jeruk **
  • cuka
  • gula & garam
  • lada besar hijau 
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.
  5. Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpe sbb boleh simpan dalam peti sejuk.

Sabtu, 16 April 2011

RESEPI MEE KANTONIS



BAHAN BAHAN
  • ½ kg mee kuning - digoreng dengan sedikit minyak
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ekor sotong bersaiz sedang
  • 3 ekor udang
  • 50 gm lobak merah
  • 50 gm jagung muda
  • 350 ml air
  • 2 biji telor - dikacau
  • 25 gm pucuk kailan
  • 2-3 titik minyak bijan
  • ½ sudu kecil pati ayam maggi
  • Lada sulah dan garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumiskan bawang putih.
  2. Masukkan sotong dan udang. Kacau rata.
  3. Tambahkan air, masukkan jagung muda dan lobak merah.
  4. Masukkan pati ayam& masukkan sekali telur dan kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan pucuk kailan dan minyak bijan serta lada sulah dan garam secukup rasa.
  6. Ketika menghidang, tuangkan kuah ke atas mee dan hiaskan dengan bawang goreng.

Senin, 11 April 2011

RESEPI MEE KUNGFU



BAHAN BAHAN

BAHAN - A
  • 500 gm mee kuning 
  • 5 biji telur [ dipukul]
BAHAN - B
  • 100 gm udang basah [buangkan kulit] 
  • 150 gm ayam [dihiris] 
  • 1 biji panjang fish cake [potong nipis] 
  • 3 ulas bawang putih [dicincang] 
  • 100 gm brokoli [dipotong] 
  • 100 gm bunga kobis [dipotong] 
  • 100 gm carrot [potong kecil dan panjang] 
  • 5 tangkai baby corn 
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 2 s/b tepung jagung ] 
  • 1 cawan air ] bancuhkan 
  • 1 cawan air rebusan ayam 
  • 2 s/b sos tiram 
  • 1 s/b lada sulah 
  • garam  
  • minyak
CARA MEMBUATNYA
  1.  Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan. 
  2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.  
  3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot. 
  4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel. 
  5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.  
  6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas. 

Selasa, 05 April 2011

RESEPI MEE GORENG

BAHAN BAHAN
  • mee kuning satu bungkus
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • cili boh @ cili mesin sendiri
  • garam sikit je
  • gula,kicap hitam,
  • tauge - utk satu bungkus mee saya biasa gunakan 50sen tauge
  • fishball,udang,
  • daging yang sudah siap direbus sampai empuk dan diambil airnya
  • sedikit cili sos 
CARA MEMBUATNYA
  1. panaskan minyak dan tumiskan bahannya..
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah,sehingga nampak agak garing
  3. Masukkan daging,fishball,udang..cili sos,dan cili boh..boleh ditambah kan dengan air daging tadi
  4. Tambahkan gula dan perasa..kalo rase nak masin boleh taruk kicap cair ..sedikit saja,sbb mee sememangnya sudah masin
  5. Masukkan tauge..kacau dan balik balikkan mee bagi rata.
Dah siap masak perahkan limau nipis untuk lebih kick

Senin, 28 Maret 2011

RESEPI MEE BANDUNG MUAR



BAHAN BAHAN
  • 1 kg mee kuning
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
  • ½ cawan udang hidup
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
  • Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
  • ¾ – 1 cawan gula pasir
  • 3 – 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Lain lain perencah seperti daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut kretiviti.
  • Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...