SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI RESEPI ATAU MENU MASAKAN YANG HENDAK ANDA KONGSIKAN BERSAMA,SILA EMAIL KEPADA SAYA DENGAN MENYERTAKAN RESEPI DAN GAMBAR MASAKAN ANDA.SAYA AKAN MUATKAN DALAM POST TERBARU BLOG INI. SESIAPA YANG TERINGIN NAK SALIN RESEPI YANG ADA DI BLOG INI SILAKAN.
Custom Search

Saturday, July 21, 2012

RESEPI KARI AYAM

UNTUK 5 ORANG MAKAN

 BAHAN-BAHAN

BAHAN TUMIS

  • 2 biji Bunga lawang 
  •  5 biji bunga cengkih 
  • sedikit kulit kayu manis 
  • 1 biji bawang merah (dimayam) 
  •  2 ulas bawang putih (dimayam) 
  • 1 inci halia (dimayam) 
  •  minyak masak 

 BAHAN MASAK

  • 2 peket serbuk kari ayam/daging 
  •  1 kotak kecil santan garam secukup rasa 
  •  penambah perisa secukup rasa 
  • ayam dipotong kecil daun kari 
  •  sedikit kerisik
  •  ubi kentang
 CARA MEMBUATNYA
  1. masukan serbuk kari dan sedikit kerisik kedalam mangkuk dan gaulkan bersama sedikit air sehingga sebati.jangan terlalu cair k. 
  2.  Tumis semua bahan tumis sehingga kekuningan dan naik bau.Masukkan daun kari 
  3. masukkan campuran serbuk kari dan kerisik yang telah sebati. 
  4. masak sehingga pecah minyak.
  5.  masukkan santan dan ayam. 
  6. masukkan garam dan penambah perisa secukup rasa. 
  7.  masukkan ubi kentang masak sehingga ayam dan ubi lembut. 
  8.  hidangkan bersama nasi yang panas..sedappp

Monday, January 23, 2012

RESEPI NASI AYAM GORENG

BAHAN-BAHAN:
  • 3 camca besar minyak 
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 peket perencah nasi goreng Maggi
  • 150 gm ayam tanpa tulang (didadu) 
  • Sedikit bawang goreng 
  • 100 gm udang tanpa kulit (didadu)
  • ½ cawan kacang pis
  • 2 ½ cawan nasi ayam
  • 1 biji telur ayam 
  • Hirisan cili merah
CARA MEMBUATNYA:
  1. Tumis bawang putih di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Masukkan perencah maggi dan goreng sehingga selama 3 minit. 
  2. Masukkan pula nasi dan goreng sehingga ia masak.Tolak nasi ke sebahagian kuali dan masukkan telur. 
  3. Masak telur sehingga ia beku dan gaul sehigga sebati. Hias dan hidangkan.

Sunday, January 22, 2012

RESEPI KETUPAT DAUN PALAS

BAHAN-BAHAN:
  • 1 gantang beras pulut 
  • 4 biji kelapa atau 3 kg santan 
  • ½ kg kacang mentah 
  • 3 jantung jagung (jika mahu) 
  • Daun palas secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
  1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan toskan. 
  2. Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.
  3. Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
  4. Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.
  5. Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
  6. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.
  7. Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.
  8. Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...