Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....
Tampilkan postingan dengan label RESEPI SAMBAL. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label RESEPI SAMBAL. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 30 April 2011

RESEPI SAMBAL KERANG



BAHAN-BAHAN
  • 1 mangkuk kerang yang telah direbus dan buang kulitnya
  • 1/2 biji bawang besar dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • sedikit belacan
  • sedikit air asam jawa
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA
  1. tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar sampai wangi.
  2. masukkan cili giling dan belacan
  3. masukkan air asam jawa, sos tomato, garam dan gula.
  4. masak sampai kuah agak likat dan masukkan kerang serta bawang yang dimayang.
  5. biarkan seketika sampai bawang layu.. boleh lah dimakan bersama nasi atau nasi lemak


Jumat, 01 April 2011

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS & KENTANG


BAHAN BAHAN
  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Minyak utk menggoreng & menumis 
CARA MEMBUATNYA
  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang

Selasa, 29 Maret 2011

RESEPI SAMBAL UDANG


BAHAN BAHAN
  • 8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
  • 4-5 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
  • Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
  • Minyak untuk menumis, gula, garam..
  • (Jika suka..tambah petai 1/2 mangkuk)
  • 1 Labu Bawang Besar-Dihiris
CARA MEMBUATNYA
  1. Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
  2. Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
  3. Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
  4. Jika suka masukkan petai..
  5. Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
Dah siap hidangkan..

Sabtu, 19 Maret 2011

RESEPI SAMBAL IKAN

BAHAN BAHAN
  • 4 ekor ikan (ikan ikut suka )
  • 4 biji bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 2 biji limau kasturi (air asam pun boleh)
  • 1 cm belacan
  • 8 sudu makan cili boh (cili kering yang diblend) nak pedas letak cili lebih

CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan ikan dengan garam and kunyit...perap selama 10 minit
  2. Goreng ikan hingga garing
  3. Bawang putih & merah dikisar
  4. Panaskan minyak...tumis bawang yang telah dikisar bersama cili boh...belacan dan bawang besar...tunggu sehingga garing and bawang besar layu
  5. Tunggu sehingga mendidih...masukkan gula...kalau mau lebih masin boleh lah ditambah sedikit garam...then masukkan ikan tadi...gaul hingga sebati...masukkan perahan air limau...gaul sekali lagi... angkat dan hidangkan 
Dah siap makan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...