Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Jumat, 01 April 2011

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS & KENTANG


BAHAN BAHAN
  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Minyak utk menggoreng & menumis 
CARA MEMBUATNYA
  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...