Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Sabtu, 31 Desember 2011

RESEPI CHAR KUEY TEOW PENANG

BAHAN-BAHAN

UNTUK KICAP

  • 100 gm udang
  • 150ml air
  • 2 ulas bawang putih di ketuk (nak lagi best mesin atau tumbuk lumat )
  • 3 sb sos tiram
  • 2 sk kicap pekat
  • 2 sb kicap manis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula 
UNTUK KUEY TEOW
  • 150 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • Sedikit kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 1 biji telur 
CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK KICAP- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan akan digunakan ye, jgn buang.
  2. Campurkan semua bahan utk KICSP dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi KICAP yg agak pekat. Matikan api biarkan KICAP sejuk dan bolehlah simpan dlm peti sejuk.
  3. UNTUK KUEY TEOW - Tumis cili boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb KICAP tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang. lebihkan air untuk lebih kuah.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

7 komentar:

  1. thanks..tetiba jer rasa nak makan char kuey teow penang...

    BalasHapus
  2. thanks..tetiba jer rasa nak makan char kuey teow penang...

    BalasHapus
  3. bhgia dpt resepi nihhmthankss.. tp ape sb n sk tuuu..

    BalasHapus
  4. Sb- sudu besar
    Sk- sudu kecil

    BalasHapus
  5. petis x payah bubuh ke bro?

    BalasHapus
  6. sayadh cuba buat sos dia...mlm ni baru nk ketuk2 kuali..haha

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...