Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 22 Januari 2012

RESEPI BERIANIKURMA DAGING

BAHAN-BAHAN
  • 4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan) 
  • 4 cawan air
  • ¾ tin susu cair
  • 600 gm daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 100 gm kacang gajus (dikisar halus)
  • ¼ tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu)
  • 2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar minyak sapi / marjerin 
  • 2 helai daun pandan  
  • Garam & gula secukup rasa 
BAHAN KISAR: 
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

BAHAN TUMIS:
  • 5 ulas bawang merah (dimayang) 
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 2 cm halia (dimayang)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 kuntum bunga lawang
  • ½ sudu kecil jintan manis 
  • 3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA:
  1. Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan. 
  2. Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan Menumis. 
  3. Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus. 
  4. Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak. 
  5. Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula. 
  6. Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. 
  7. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak. Gembur supaya nasi tidak berketul. 
  8. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...