Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....
Tampilkan postingan dengan label RESEPI MASAK KICAP. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label RESEPI MASAK KICAP. Tampilkan semua postingan

Rabu, 23 Maret 2011

RESEPI IKAN MASAK KICAP

BAHAN BAHAN
  • 4 ekor ikan kembong/ikan selar kuning
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia - dimayang halus
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
  • garam secukup rasa
  • air dan minyak untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang 
CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
  3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam secukupnya. 
Dah siap untuk di hidang.

Kamis, 17 Maret 2011

RESEPI AYAM MASAK KICAP

Resepi ni biasa je...kalo sedap komen komen la ye..

BAHAN-BAHAN :

  • ayam yang dipotong 4-5 ketul (saiz terpulang)
  • garam kunyit secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
  • 2 ulas bawang puting- mayang
  • 1cm halia- cincang halus
  • kicap pekat manis secukupnya(jenama pilih la yang mana anda suka)
  • 2-3 biji cili padi- potong dua
  • 1-2 batang cili hijau 
CARA MEMASAK:
  1. bersihkan ayam yang tekag anda potong tadi
  2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
  3. Ambil dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
  4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
  5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
  6.  Siap untuk dimakan.
Hidangkanlah kepada keluarga tersayang ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...