Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 27 Maret 2011

RESEPI AYAM MASAK BLACK PEPPER

BAHAN BAHAN
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • sedikit garam & kunyit untk mengoreng ayam
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 biji Bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 s/b cili giling (kalo x nak pedas blh kurangkan)
  • 1 tangkai cili merah & hijau (dibelah tengah)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • jintan manis & jintan putih (dikisar)
  • 1 s/b lada hitam - dikisar (nak lagi pedas letak banyak)
  • kicap manis & masin (ikut citarasa masing2)
  • 2 s/b sos tiram
  • minyak untk menumis
  • garam & serbuk perasa (ajinomoto)
  • air (ikut citarasa masing-masing) 
CARA MEMBUATNYA
  1. lumurkan ayam dgn garam & kunyit, kemudian digoreng( jangan goreng terlalu garing). angkat ayam & ketepikan
  2. tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk
  3. masukkan kulit kayu manis,bunga lawang ,jintan manis & jintan putih, diikuti lada hitam, tumis sehingga wangi
  4. kemudian masukkan cili giling, tumis sebentar.
  5. kemudian masukkan kicap manis & masin, dikacau sebentar. diikuti sos tiram
  6. masukkan air (kalau suka kuah banyak boleh masukkan lebih), biarkan kuah mendidih
  7. kemudian masukkan garam & serbuk perasa. diikuti ayam yg telah digoreng, biar sebentar sehingga ayam sebati degan kuah tadi dan pekat
  8. akhir sekali masukkan cili merah & hijau, diikuti bawang besar dipotong bulat. 
Dah siap boleh la makan dengan nasi putih..

2 komentar:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...