Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....
Tampilkan postingan dengan label KUIH RAYA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label KUIH RAYA. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 16 Juli 2011

RESEPI BISKUT CORNFLAKES MADU

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan gula 
  • 10 sudu kecil madu 
  • 1 buku mentega (250g)  
  • 1 kotak cornflakes
CARA MEMBUATNYA
  1. masak semua bahan-bahan tadi kecuali cornflakes. 
  2. Setelah gula larut, sejukan sebentar  dan masukan cornflakes yang diramas. 
  3. masukkan adunan  kedalam paper cups, dan hias dengan ceri merah di atas. sejukan dalam 15 minit sehinga adunan menjadi keras.

Jumat, 15 Juli 2011

RESEPI BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN
  • 600g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • ½ tin minyak sapi
  • ½ kati kacang tanah
  • ½ kati gula
  • ½ cawan gula kastard

CARA MEMBUATNYA
  1. Cairkan minyak sapi. Kemudian sejukkan.
  2. Ayak tepung gandum. Masukkan minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata. 
  3. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tepung, uli hingga sebati. 
  4. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar campurkan dengan gula. 
  5. Adunan tepung tadi digelek dan diterap ikut suka anda. 
  6. Isikan kacang ke dalamnya, kemudian disepit atas dan tepinya lalu dibakar hingga kuning dan taburkan di atasnya dengan gula kastard.

Selasa, 12 Juli 2011

RESEPI BISKUT DAHLIA

BAHAN-BAHAN
  • 3 biji merah telur 
  • 2 biji putih telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 tin tepung jagung 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan mentega
  • 2 ½ cawan gula halus 
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
CARA MEMBUATNYA
  1. Telur dipukul terlebih dahulu dengan gula halus sampai naik. 
  2. Tepung jagung dan tepung gandum digaul, masukkan mentega, serbuk penaik, telur, susu dan vanila. 
  3. Uli kesemuanya sampai lembut kemudian terap. Bakar. 

Senin, 11 Juli 2011

RESEPI BISKUT SAMPERIT

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan mentega 
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 camca teh Vanila 
  • Secubit garam Satukan: 
  • 1 ½ cawan tepung jagung
  • ¾ cawan tepung gandum
  • ¾ cawan tepung kastad 
  • 1 camca teh baking powder
CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul mentega dengan gula hingga rata. 
  2. Masukkan telur & vanila dan dikacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung-tepung yang telah disatukan & garam sedikit-sedikit ke dalam adunan & gaul hingga habis.
  4. Akhir sekali diterap dan bakar dengan suhu 170'C

Sabtu, 25 Juni 2011

RESEPI BISKUT TART NENAS



BAHAN-BAHAN
  • 100 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung jagung
  • 20 gm tepung Kastard
  • 150 gm buttercup/planta
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit Pewarna Kuning Telur & Esen Vanilla
Bahan untuk Intinya:
  • Sebiji nenas
  • gula secukupnya
  • Pewarna kuning
  • *Untuk aduan tart.. 1/2 cwan gula halus sudah mencukupi 
CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul Majerin dah Gula sampai keputihan. Masukkan Kuning telur, pewarna kuning dan sedikit esen Vanilla.Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung Kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati.
  2. *Jika adunan terlalu lembut dan melekit , tambahkan sedikit tepung gandum. *Jika adunan terlalu keras tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut.
  3. Setelah siap adunan, gelekkan adunan sehingga rata dan gelek menggunakan pengelek tart untuk mendapatkan corak berbelang. Potong mengikut panjang dan lebar yang disukai.
  4. Letakkan sedikit jem nenas dan gulung. Sapukan bahagian atas Tart Nenas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150 C.
  5. *Untuk jem, nenas yang diparut dimasak bersama gula dan ditambah pewarna kuning. Masak sehingga nenas kering dan tidak berair

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...