Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Kamis, 16 Juni 2011

RESEPI SUP AYAM



BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng 
CARA MEMBUATNYA
  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

9 komentar:

  1. ada yg lg simple tk :) ? saya org bujang

    BalasHapus
    Balasan
    1. nk bt0l2 simple xpyh msk.mkn lua..huhuu

      Hapus
    2. beli bunjut adabi. mana2 kedai pon senang nak dapat. dalam bunjut tu dah ada rempah semua. tinggal masuk ayam, garam secukup rasa. air biar tenggelam semua ayam tu. optional, bawang besar, potato

      Hapus
  2. Dh buat dh.mmg sedap sgt.tqq

    BalasHapus
  3. Dh buat dh.mmg sedap sgt.tqq

    BalasHapus
  4. nk beli aym tgh bulan buject lari..pkai kentang le...

    BalasHapus
  5. Baru nak buat..untuk suami yang demam..huhu harap harap menjadi..

    BalasHapus
  6. Simple dan ringkas...tp menyelerakan..lg2 klu ada sambal kicap...letak jgk telur puyuh...sodappp..:-)

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...