Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....
Tampilkan postingan dengan label RESEPI PUDING. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label RESEPI PUDING. Tampilkan semua postingan

Minggu, 19 Juni 2011

RESEPI PUDING TELUR



BAHAN-BAHAN

  • 10 biji telur ayam
  • 1 tin susu air
  • tepung kastad 3 sudu
  • garam secubit
  • asin vanila 1 sudu kecil
  • gula pasir 2 sudu makan
  • 6 sudu besar gula pasir untuk dibuat cairan gula perang.
  • 1 tin susu
CARA MEMBUATNYA
  1. Blend semua bahan diatas.
  2. Bakar gula 6 sudu tadi diatas loyang yang kecil api sehingga menjadi cairan gula perang.
  3. Bila gula sudah menjadi cairan gula perang tutup api dan sejukkan.
  4. Kemudian tuang bahan blend tadi kedalam loyang dan kukus di atas api yang serdahana saja selama satu jam.
  5. Jika air kukusan mulai kering tambahlah air.
  6. Untuk mengetahui sama ada ianya telah masak atau tidak bolehlah ambil batang lidi sate dan cucukkan keatasanya. Jika lidi itu tidak terdapat sisa yang melekat ianya sudah pun masak.
  7. Angkat dan bolehlah dipotong jika sudah sejuk

Senin, 23 Mei 2011

RESEPI PUDING ROTI



BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula
  • 1 sudu besar tepung kastard 
CARA MEMBUATNYA
  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan

Sabtu, 14 Mei 2011

RESEPI PUDING JAGUNG



BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair 
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...