Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....
Tampilkan postingan dengan label RESEPI TELUR. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label RESEPI TELUR. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Oktober 2011

RESEPI KARI TELUR BERSAMA TOMATO

 BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur ayam (direbus) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu teh serbuk kari
  • ½ cawan susu UHT 
  • 8 biji tomato kecil 
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya. 
 
Bahan-bahan ditumbuk halus:

  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih  
  • 3 sm halia

CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas telur dan ketepikan. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. 
  3. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk rempah kari. 
  4. Masukkan susu, tomato, garam dan serbuk perasa. Biar higga mendidih. 
  5. Masukkan telur rebus. 
  6. Belah telur sewaktu menghidang.

Selasa, 17 Mei 2011

RESEPI TELUR BUNGKUS



BAHAN-BAHAN
  • Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
  • Sayur campur - ikut suka nak byk mana
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu.
  • 1 biji bawang putih - dicincang kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato - boleh krgkan sape yg tak suka masam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap - ayu guna kicap manis
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam & gula - secukup rasa
  • Lada sulah - secukup rasa
  • Minyak utk menumis 
CARA MEMBUATNYA
  1. Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.
  2. Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.terpulang pd masing2 la.
  3. Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
  4. Kemudian masukkian sayur campur..Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
  5. Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
  6. Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.Terlangkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...