SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI RESEPI ATAU MENU MASAKAN YANG HENDAK ANDA KONGSIKAN BERSAMA,SILA EMAIL KEPADA SAYA DENGAN MENYERTAKAN RESEPI DAN GAMBAR MASAKAN ANDA.SAYA AKAN MUATKAN DALAM POST TERBARU BLOG INI. SESIAPA YANG TERINGIN NAK SALIN RESEPI YANG ADA DI BLOG INI SILAKAN.
Custom Search

Sunday, January 22, 2012

RESEPI KETUPAT DAUN PALAS

BAHAN-BAHAN:
  • 1 gantang beras pulut 
  • 4 biji kelapa atau 3 kg santan 
  • ½ kg kacang mentah 
  • 3 jantung jagung (jika mahu) 
  • Daun palas secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
  1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan toskan. 
  2. Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.
  3. Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
  4. Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.
  5. Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
  6. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.
  7. Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.
  8. Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...