Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Sabtu, 02 April 2011

RESEPI SOTONG MASAK HALIA

BAHAN BAHAN
  • 500 gram sotong
  • 1 ulas bawang bawang putih – hiris/tumbuk halus
  • 3 ulas bawang merah– hiris/tumbuk halus
  • 1 cm halia – hiris halus
  • 1 cm kunyit hidup – tumbuk halus (boleh juga guna 1 sudu teh serbuk kunyit)
  • ½ sudu teh jintan putih
  • 1 tangkai cili merah - hiris
  • 1 tangkai cili hijau - hiris
  • 1 tangkai daun sup/bawang - hiris kasar
  • ½ cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa (jika suka)
  • Minyak masak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA
  1. Gaul sotong dengan garam dan kunyit hingga mesra.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan sotong dan biarkan sehingga masak. Gaul sekali sekala.
  4. Masukkan air , kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Tutup api. Masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul rata.
  6. Masukkan dalam pinggan dan tabur daun sup/bawang. 
Dah siap hidangkan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...