Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Selasa, 29 Maret 2011

RESEPI SAMBAL UDANG


BAHAN BAHAN
  • 8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
  • 4-5 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
  • Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
  • Minyak untuk menumis, gula, garam..
  • (Jika suka..tambah petai 1/2 mangkuk)
  • 1 Labu Bawang Besar-Dihiris
CARA MEMBUATNYA
  1. Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
  2. Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
  3. Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
  4. Jika suka masukkan petai..
  5. Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
Dah siap hidangkan..

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...