Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Rabu, 30 Maret 2011

RESEPI NASI TOMATO

BAHAN BAHAN
  • 3 Cawan Beras Basmati
  • 3 Cawan Stock Rebusan Tulang
  • ¾ Cawan susu cair
  • 1 Cawan sup tomato-puri(dlm tin)
  • 5 ulas bawang kecil – dimayang
  • 3 ulas bawang putih – diracik halus
  • 1 inci halia – diracik halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji cengkih
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu besar sayur campur(jagung,kacang,lobak merah)
  • garam , perasa dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar minyak sapi
CARA MEMBUATNYA
  1. Masukkan minyak dan minyak sapi ke dalam periuk nasi yang diletakkan di atas api
  2. Tumiskan bawang,bawang putih, halia, kulit kayu manis,bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
  3. masukkan sup tomato(puri tomato)dan gaulkan sebentar
  4. masukkan beras dan gaul hingga sebati dan kemudian baru dimasukkan stock rebusan tulang serta susu cair.
  5. kemudian masukkan garam dan perasa serta sedikit gula.Jangan lupa untuk memasukkan daun pandan.
  6. Alihkan periuk nasi tersebut kedalam tempat memasak nasi otomatik dan tutup serta biarkan sehingga masak.
Dah siap boleh ladihidangkan dengan ayam masak merah atau apa pon lauk yang anda suka

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...