Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Rabu, 30 Maret 2011

RESEPI AYAM MASAK HALIA

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka nak besar atau kecil)
  • 2 batang serai
  • Kentang dipotong empat @ ikut selera
  • Asam keping
  • Kunyit hidup (ditumbuk)
  • Garam
  • Sedikit kicap masin
  • 4ml air
BAHAN UNTUK DIKISAR
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Setengah inci halia
CARA MEMBUATNYA

1. Perapkan dahulu ayam bersama bahan dikisar tadi. (biarkan selama 1 jam)

2. Panaskan kuali dan masukkan dan masukkan ayam yang diperap tadi bersama-sama dengan air. air hendaklah menutupi ayam tadi.

3. Masukkan kunyit yg ditumbuk dan gaulkan hingga sebati.

4. Biarkan kuah mendidih dan sedikit kering dan pekat.

5. Kemudian masukkan kentang, asam keping dan garam secukup rasa.
gaulkan hingga pekat.

6. Setelah ayam dan kentang empuk. masukkan sedikit kicap dan gaul. 

Dah siap hidangkan..ini hidangan untuk 7 orang

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...