Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Jumat, 05 Agustus 2011

RESEPI AYAM BAKAR BERCILI

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg ayam 
  • Sedikit daun pisang

Bahan yang dikisar:
  • 20 biji cili 
  • 4 cm belacan
  • ½ cawan pati santan
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 batang serai
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas 
  • Garam dan gula secukup rasa 
Bahan renjis:
  • 5 camca besar minyak masak 
  • 5 camca besar pati santan 
  • 3 camca teh cili kisar
CARA MEMBUATNYA 
  1. Bersihkan ayam dan dipotong 16. 
  2. Perap bahan kisar semalaman bersama-sama ayam yang sudah dipotong.
  3. Layurkan daun pisang sebelum dijadikan alas untuk membakar ayam. Ini bagi mengelakkan ayam daripada cepat hangus. 
  4. Bakar ayam di atas api sederhana dan renjis ayam dengan santan bercampur cili agar ayam tidak terlalu kering.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...