Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Jumat, 01 Juli 2011

RESEPI CUCUR BADAK

BAHAN-BAHAN
  • 600 gm keledek 
  • 2 cawan tepung gandum
  • minyak secukupnya

Bahan inti:
  • ½ biji kelapa parut 
  • 3 sudu besar udang 
  • 8 ulas bawang merah 
  • 3 batang serai 10 biji cili kering
  • ½ sudu teh ketumbar
  • ¼ sudu teh jintan manis
  • ¼ sudu teh jintan putih
  • ¼ sudu teh kunyit
  • minyak masak
  • garam  
  • 2 cawan air
CARA MEMBUATNYA

Untuk inti: 
  1. mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. 
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. 
  3. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. 
  4. Setelah masak, angkat dan sejukkan. 
Untuk kulitnya:
  1. rebus keledek hingga empuk. 
  2. Setelah masak, angkat dan toskan. 
  3. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. 
  4. Ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. 
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. 
  6. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...