Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Sabtu, 26 Maret 2011

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

BAHAN BAHAN
  • 1/2 kg daging lembu
  • 1 inci kunyit hidup
  • bawang merah
  • bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/4 biji cili benggala hijau 
  • Sedikit kacang panjang
  • garam
  • minyak masak 
CARA MEMBUATNYA
  1. Hiris daging  nipis-nipis. Kemudian tumbuk kunyit, 2 ulas bawang putih serta garam secukupnya. kemudian gaulkan dengan daging tadi. Perap seketika.
  2. Masukkan daging yg diperap tadi kedalam kuali, kemudian nyalakan api. Daging tersebut hendaklah digoreng tanpa minyak sehingga air dari daging tersebut kering. Kemudian bolehlah dimasukkan minyak.
  3. Goreng daging tersebut sehingga keperang-perangan. Kemudian masukkan daun kari. Kacau seketika, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili benggala. Kesemua bahan2 tersebut di hiris nipis-nipis @ ikut suka. Jumlah bawang merah dan bawang putih yang hendak digunakan terpulang pada individu.
  4. Potong kacang panjang basuh dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan lain.
  5. Goreng kesemuanya sehingga masak.
Dah siap boleh la dihidangkan

1 komentar:

  1. Uuuiiiiii sedapnyaaaa.. Thx for posting ya!!

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...