SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI RESEPI ATAU MENU MASAKAN YANG HENDAK ANDA KONGSIKAN BERSAMA,SILA EMAIL KEPADA SAYA DENGAN MENYERTAKAN RESEPI DAN GAMBAR MASAKAN ANDA.SAYA AKAN MUATKAN DALAM POST TERBARU BLOG INI. SESIAPA YANG TERINGIN NAK SALIN RESEPI YANG ADA DI BLOG INI SILAKAN.
Custom Search

Saturday, May 21, 2011

RESEPI AGAR-AGAR KOKTEL



BAHAN-BAHAN
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.5 liter air(5 gelas)
  • 100ml(1/2 cwn) susu cair
  • 200g gula
  • 1 tin besar koktel
  • 2 helai daun pand
  1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
  3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
  4. Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
  5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
  6. Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...