Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Sabtu, 21 Mei 2011

RESEPI KUIH KETAYAP



BAHAN-BAHAN

Untuk kulit

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau 
Untuk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan
 CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK INTI; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. UNTUK KULIT; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika guna santan segera, cuma blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. kalau nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, kalau nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...