Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 15 Mei 2011

RESEPI PULUT INTI GULA HANGUS



BAHAN-BAHAN

Utk pulut:
  • 1 ½ cawan beras pulut
  • 180ml santan dari separuh kelapa
  • 1 sdk garam
Utk inti:
  • 4sudu besar gula
  • 1 ½ cawan kelapa parut (putih)
  • 100ml air
  • 1-2 helai daun pandan - bersih & simpulkan
  • 1 senduk tepung gandum/serbaguna 
CARA MEMBUATNYA
  1. Untuk masak pulut, kukus spt biasa, tp pd yg kurang arif nk mengukus, blh ikut cara saya:
  2. Bersih dan rendamkn pulut semalaman.
  3. Sejatkan pulut dan kukus hgga masak.Bawa keluar dr kukusan, letak pulut dlm bekas kemudian arun dgn santan yg telah dicampur dgn garam. Bila siap arun, boleh dikukuskan semula buat 5min lg atau kalau tak nak pun tak mengapa. Setelah itu, tekan & ratakan pulut dlm bekas.
  4. Utk inti:
  5. Panaskan kuali dgn api sederhana besar. Masukkan 2sdb gula, hanguskn (sambil2 tu kacau2 supaya gula tak terus hangus!). Bila smua gula dah likat keperangan, tmbh air, biar ia mendidih kemudian kacau dan masukkan baki gula td serta daun pandan.
  6. Kurangkan api dan masukkan kelapa parut pula. Kacau-kacau hingga inti memekat sikit, dlm 2-3 minit.
  7. Akhir sekali taburkan tepung dan kacau utk 1 minit lagi dan angkat. Siap utk dihidang dgn pulut td.

1 komentar:

  1. Discover news, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com. Or submit your blog postings to be part of the big collection.

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...