Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Kamis, 05 Mei 2011

RESEPI PULUT SAMBAL



BAHAN-BAHAN

Bahan untuk sambal:
  • 2 cawan isi ikan kembung rebus atau udang kering 
  • ¼ sudu teh jintan manis
  • 5 biji cili kering
  • 3 batang serai
  • ¾ pati santan
  • garam 
  • gula 3 cawan pulut 
  • 1 ½ cawan santan 
  • garam
CARA MEMBUATNYA

Pulut dibersihkan dan rendam selama 4 jam. Kukus pulut hingga masak. Setelah masak angkat dan sejukkan. Kemudian gaul pulut dengan santan yang bercampur garam dan ketepikan. Untuk sambal, tubuk isi ikan atau udang kering hingga lumat. Mesin cili kering, jintan manis dan serai hingga lumat. Masak semua bahan-bahan ini dan masukkan garam dan gula. Masak sehingga kering seperti serunding. Sementara itu, potong daun pisang berbentuk segi empat. Ambil 2 sudu besar pulut, letakkan di atas daun pisang supaya tinggi membusut. Ambil 1 sudu kecil inti dan letakkan di atas pulut tadi. Bungkus pulut sambal dengan cara menelangkup hujung daun di atas inti dan semat dengan lidi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...