Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 05 Juni 2011

RESEPI IKAN MASAK SOS



BAHAN-BAHAN
  • 2 keping isi ikan (tenggiri/merah/apa2 shj)
  • 2 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang lada merah
  • 1 batang lada hijau
  • carrot
  • daun sup
  • 2 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar cili boh @ kisar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • garam dan gula (lebihkan gula)
  • 1 biji buah tomato 
CARA MEMBUATNYA
  1. Bersihkan isi ikan dan potong sederhana kecil, gaulkan dgn garam dan kunyit dan digoreng.
  2. hiris semua bawang, halia, cili merah n hijau dan tomato di belah 4.
  3. tumiskan semua bahan yg dihiris hingga naik bau.
  4. masukkan cili boh dan tumis sehingga garing.
  5. masukkan setengah cawan air, cili sos dan tomato sos. masak sehingga mendidih.
  6. masukkan carrot, garam dan gula. bancuh setengah cawan air bersama tepung jagung dan masukkan. masak sehinnga pekat.
  7. siap di hidang. hiriskan daun sup dan taburkan di atas hidangan.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...