Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Selasa, 07 Juni 2011

RESEPI NASI GORENG SEAFOOD



BAHAN-BAHAN
  • 10 keping kapis / scallop (dipotong dua)
  • 20 ekor udang (buang kulit & tinggalkan ekornya)
  • 1 ekor sotong yang sederhana besar ( belah dua dan potong ikut suka besarnya)
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 cm halia (cincang halus)
  • 6 biji cili padi di tumbuk sederhana halus ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam, lada sulah, sedikit gula jika suka
  • 1 sudu makan perencah nasi goreng cina
  • minyak untuk menumis
  • 1 biji telur, daun bawang & daun sup yang dihiris 
CARA MEMBUATNYA
  1. cuci semua seafood dan masukkan dalam mangkuk. Campurkan serbuk lada sulah, 1/4 sudu teh gula, sos tiram. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau.
  3. Masukkan seafood yang diperap tadi. pastikan apinya besar (untuk seal seafood & dalamnya tidak terlalu kering)
  4. masukkan nasi, garam, serbuk nasi goreng cina dan gaul rata. Rasa ramuannya. Bila sudah puas hati, ketepikan nasi keliling kuali supaya tengah kuali kosong. Pecahkan telur dan kacau2 sedikit. Gaulkan telur dan nasi. Goreng hingga semuanya rata dan tidak terlalu lembab. Akhirnya masukkan daun bawang dan daun sup. Gaul dan tutup api

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...