Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 12 Juni 2011

RESEPI PULUT DAKAP



BAHAN-BAHAN
  • 2 pot pulut (saya guna tin susu)
  • 2 1/2 pot santan
  • 1 sudu kecil garam
  • *12 biji pisang dibelah 2 (saya guna pisang kelat raja. Pisang yg sesuai adalah pisang yg boleh dimasak)
  • *daun pisang secukupnya 
CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh pulut, masukkan dalam periuk. Tambahkan santan dan garam. Tanak seperti memasak nasi.
  2. Setelah pulut masak, ambil sedikit dan letak diatas daun pisang. Letakkan potongan pisang di tengah2 pulut.
  3. Balut kemas-kemas dan tekapkan pulut seperti gambar. Ikat dengan getah.
  4. Setelah siap membalut kesemuanya, masukkan kedalam periuk berisi air. Agak-agak ler air tu separuh daripada pulut tersebut. Campakkan daun pandan (optional) utk lebih wangi. Rebus hingga pulut kembang (tak perlu tunggu air rebusan kering)
  5. Untuk lebih mudah kukus pun boleh.
  6. Dah siap masak, toskan pulut dakap anda...tunggu sejuk sebelum makan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...