Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Selasa, 19 Juli 2011

RESEPI KUIH ABUK-ABUK PISANG

BAHAN-BAHAN
  • 10 biji pisang masam 
  • 1 cawan sagu biji mata ikan 
  • 1 kotak santan (ukuran kecil)
  • Secubit garam 
  • Sedikit pewarna merah atau jus pandan 
  • Daun pisang secukupnya (yang telah dilayur)
CARA MEMBUATNYA
  1. Buang kulit pisang dan belah dua. 
  2. Basuh sagu biji mata dengan air dan toskan. 
  3. Bancuh santan dengan sedikit garam, setelah itu jerangkan ke atas api. Masukkan sedikit pewarna merah. Kemudian kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuku. 
  4. Bila telah mendidih, masukkan sagu biji dan kacau hingga pekat. Kemudian angkat.
  5. Ambil dua belah pisang dan letak di atas sehelai daun pisang. Curahkan sedikit sagu, kacau dan bungkus kemas-kemas.
  6. Setelah itu, bolehlah dikukus hingga masak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...