Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Kamis, 25 Agustus 2011

RESEPI DAGING MASAK PADANG

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg daging 
  • 10 biji bawang merah atau 4 labu bawang besar
  • 2 inci halia 
  • ½ cawan minyak 20 biji cili kering 
  • 20 ulas bawamg putih
  • 1 camca besar gula 
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Daging dibersihkan dan dihiris selebar 2 inci dan direbus dengan sedikit air. 
  2. Setelah daging masak, toskan dan tumbuk supaya ianya nipis. 
  3. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris kemudian digoreng. 
  4. Cili kering dibuang bijinya dan dimesin hingga lumat. 
  5. Panaskan minyak, tumiskan cili kemudian masukkan daging dan kacau perlahan-lahan.
  6. Kemudian masukkan gula, air rebusan daging dan garam secukup rasa. 
  7. Setelah pekat, angkat dan masukkan bawang goreng, kacau hingga rata dan hidangkan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...