Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 21 Agustus 2011

RESEPI SUP BEBOLA IKAN

BAHAN-BAHAN
  • 750 ml air 
  • 1 paket sup kincam dan cendawan
  • 10 biji bebola ikan
  • 5 biji cendawan kering (dihiris) 
  • 3 sudu besar minyak jagung 
  • 1 keping tauhu kering
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 1 tangkai daun kucai (dihiris) 
  • 1 biji cili merah (dihiris)
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak jagung dalam periuk. Masukkan air, sup kincam dan cendawan. 
  2. Bila mendidih, masukkan bebola ikan, cendawan dan tauhu kering. Biarkan selama tiga minit. 
  3. Taburkan daun bawang dan daun kucai. Tutupkan api. Hiaskan dengan cili merah bila dihidangkan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...