Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 11 September 2011

RESEPI BINGKISAN COKLAT

BAHAN-BAHAN
  • 25 gm mentega 
  • 50 gm mentega kacang (kasar)
  • 6 camca besar serbuk biskut manis/digestif 
  • 65 gm gula aising 
  • 200 gm coklat masakan
  • 25 gm mentega 
  • Cawan kertas secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan mentega dan mentega kacang hingga cair. 
  2. Angkat dari api dan masukkan serbuk biskut dan gula aising ke dalam mentega. Kacau rata. 
  3. Bulat-bulatkan adunan mentega kacang seperti guli, buat 25 biji. Ketepikan. 
  4. Masukkan coklat masakan bersama 25 gm mentega ke dalam mangkuk. 
  5. Letakkan mangkuk di atas periuk berisi air mendidih. Kacau sekali-sekala hingga coklat cair. 
  6. Masukkan secamca teh coklat cair ke dalam cawan kertas dan pusing-pusingkan cawan kertas supaya coklat rata di dalamnya. Biar hingga coklat keras. 
  7. Kemudian bubuh mentega kacang ke dalam acuan tadi, tuang coklat cair hingga penuh cawan kertas. 
  8. Sejukkan hingga keras. Apabila coklat keras, bolehlah dikeluarkan dari cawan kertas dan hidangkan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...