Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Rabu, 16 Maret 2011

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Yum yum sedapnya,,..

BAHAN-BAHANNYA IALAH :

  • 1/2 ekor ayam ( potong ikut selera masing-masing)
  • sedikit garam kunyit 
BAHAN UNTUK DIKISAR
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato 
BAHAN UNTUK HIASAN

  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya 
CARA MEMASAK

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masukan bahan-bahan hias. 
  5. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api. 
tadaaa... dah pon siap untuk dimakan..sila komen ke nak tambah apa apa ke kat bawah k.

2 komentar:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...