Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Selasa, 15 Maret 2011

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Untuk resepi ini anda boleh pilih sama ada nak guna ikan, udang, ketam, udang, daging atau apa saja yang anda nak masak nak jadikan masak lemak cili padi k..

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN : 

  • Ikan / udang / ketam / daging atau apa saja
  • 1 biji kelapa parut (ambil 2 mangkuk santan
  •  2 biji tomato (dipotong empat)
  • 2 tangkai cili hijau (dibelah dua)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
 Bahan ditumbuk halus:
  • 10 tangkai cili padi ( kalo nak pedas lagi tambah cili lg ye)
  • 2 sm kunyit hidup

CARA MEMASAK : 

  • Ikan/udang atau apa saja yang anda nak guna tu dibersihkan. 
  • Campurkan bahan tumbuk dan ikan ke dalam santan. 
  • Jerangkan di atas api perlahan sambil dikacau supaya santannya tidak pecah.
  • Masukkan ikan, tomato, cili hijau dan garam. 
  • Bila santan sudah mendidih padamkan api. 
  • Kemudian hidangkan.

dah siap bleh la makan.. sila komen ye

1 komentar:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...