Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Kamis, 17 Maret 2011

RESEPI IKAN SIAKAP STIM TEO CHEW

Jeng,jeng,jeng...ni resepi yang aku dapat dari majalah mingguan wanita...aku dah try resepi ni memang sedap..

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ikan siakap ( anggaran 500g )
  • 1 ketul tauhu lembut
  • 1 sudu makan sayur jeruk masin
  • 2 biji asam boi jeruk
  • 3 keping cendawan kering (rendam dan hiris nipis-nipis )
  • sedikit daun bawang
  • sedikit daun ketumbar
  • 1 biji cili merah
  • 1 mangkuk air rebusan ayam (stok ayam)
  • garam secukup rasa
CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan ikan siakap dan masak secara stim. setelah masak ketepikan seketika.
  2. Campurkan air rebusan ayam dengan tauhu lembut, sayur jeruk masin, asam boi, cendawan kering, cili merah seta garam kedalam mangkuk. kacau sebati.
  3. kemudian tuangkan ke atas ikan siakap yang telah distim.
  4. Hiaskan daun bawang, daun ketumbar.
  5. dah siap hidangkan..
selamat mencuba ya

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...