Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Jumat, 18 Maret 2011

RESEPI SOTONG MASAK KONG PAU

BAHAN-BAHAN:
  •  1 ekor sotong rendam (sotong yang besar tu tau. sotong biasa pon boleh)
  • 4 - 5 biji gajus
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • sedikit minyak masak
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan taucu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 inci halia
  • 100g udang kering
  • 1 biji bawang besar
  • 4-5 tangkai cil kering
CARA MEMBUATNYA:
  1. Hiris sotong kecil-kecil (kalau guna sotong rendam)
  2. Kisar semua bahan untuk membuat sos kemudian tumiskan.
  3. Masukkan sedikit kicap pekat dan sotong lalu dikacau.
  4. Akhir sekali masukkan gajus.
  5. Angkat dan hidangkan ye.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...