Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Rabu, 06 April 2011

RESEPI BUBUR KACANG



BAHAN BAHAN
  • 3/4 cawan gula
  • 1 kotak santan 200ml
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan sagu kecil
  • Air (ikut kepekatan yang dikehendaki)
  • 250 gram kacang hijau
CARA MEMBUATNYA
  1. Goreng kacang hijau di dalam kuali tanpa menggunakan minyak sehingga kacang berwarna agak kecoklatan.
  2. Rebus kacang hijau yang telah digoreng tadi dengan air dan gula.
  3. Setelah kacang kembang, masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan sagu. Biarkan bubur mendidh sekali lagi.
  5. pastikan bubur mendidih agak lama agar ia tidak cepat basi. Selalunya bubur tahan 2 hari tanpa perlu disimpan di peti sejuk.

2 komentar:

  1. Assalamulaikum! Kenapa perlu digoreng tanpa minyak kacang itu? Saya juga nak tanya, bila saya didihkan santan terlalu lama ia menjadi mcm minyak. Bagaimana nak elak ia berlaku.

    BalasHapus
  2. salam..ok anonymous...sebab goreng kacang tanpa minyak supaya kacang tu kering just nak bg jd kaler perang sket je..kalo pakai minyak dah lain plak jadinya. untuk santan tu palk cuba didihkan guna api yang paling perlahan

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...