Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Sabtu, 14 Mei 2011

RESEPI KUIH PAU KACANG MERAH



BAHAN-BAHAN
  • 300g tepung gandum (saya guna Tepung Pau)
  • 6g baking powder 
  • 2g garam 
  • 162g air suam 
  • 6g dry yeast 
  • 30g gula halus 
  • 18g lemak sayur 
CARA MEMBUATNYA
  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata. (Bahan No.1)
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.(Bahan No.2) 
  3. Masukkan Bahan no.2 ke dalam Bahan no.1. Uli sehingga hampir licin. 
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentuk bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk. 
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik. 
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya.Sukahatilah nak letak inti apa. Tutup rapat-rapat. 
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus. 
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...