Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Jumat, 20 Mei 2011

RESEPI KUIH SERI MUKA



BAHAN-BAHAN

UNTUK LOYANG BERSAIZ 22cm X 3"
  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste) 
CARA MEMBUATNYA

Untuk lapisan bawah:-
  1. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  4. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  2. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  4. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  5. Kuih ini hendak la betul2 sejuk barula mudah dipotong dan cantik bila dihidangkan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...