Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Jumat, 20 Mei 2011

RESEPI MEE JAWA



BAHAN-BAHAN
  • mee kuning sebungkus (celur)
  • 2 biji sedang keledek merah (rebus & lecek)
  • 1 biji bawang besar (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 senduk kecil cili boh
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 10 ekor udang sedang *
  • 1 genggam udang kering (tumbuk)
  • garam dan gula
  • 2.5 liter air (boleh adjust)
  • minyak masak 
CARA MEMBUATNYA
  1. * rebus udang dengan garam. air rebusan diambil dan dikisar kulit udang. Hampas udang ditapis & diambil airnya shj.
  2. tuang minyak dalam periuk & tumis serai, bawang besar & putih serta udang kering hingga wangi
  3. kemudian masukkan cili boh dalam tumisan tadi serta goreng hingga pecah minyak.
  4. selepas itu, masukkan air rebusan udang & biarkan mendidih sedikit
  5. apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan kacau hingga kuah sebati
  6. akhir sekali perasakan dengan garam & gula serta masukkan udang

3 komentar:

  1. bab me ni memang kesukaan kak iza..nak cuba la wat me jawa ni

    BalasHapus
  2. Macam tak complete Je resepi ni

    BalasHapus
  3. ini mcm mee udang jerr..bukan mee jawa lor..

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...