Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Kamis, 19 Mei 2011

RESEPI PULUT PANGGANG



BAHAN-BAHAN
  • 1 kg beras pulut
  • 5 cawan santan pekat
  • Daun pisang-layukan atas api
  • Lidi - dipotong 3 cm
  • Garam
BAHAN UTK INTI IKAN:
  • 350 gm ikan kembung @ selar-direbus dan diambil isi
  • 150 gm bawang besar-dibelah dua dan dihiris
  • 20 gm bawang merah
  • 20 gm atau 2.5 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 cawan santan
  • Garam
  • 1 sudu kecil halba 
CARA MEMBUATNYA

PULUT:
  1. Basuh beras pulut dan rendam selama 3 jam. Kemudian kukus pulut sehingga masak dan arun dengan 3 cawan santan pekat. Bubuh garam secukup rasa. ketepikan
INTI:
  1. Tumbuk ikan bersama dengan bawang merah, halia dan serai. Masak bersama bawang besar, halba dan santan pekat yang selebihnya. Kacau sentiasa sehinggan kering. Sesuaikan rasa.
CARA MENGHIDANG:
  1. Letak pulut diatas daun pisang. Sudukan inti ikan, kemudian bungkus bulat-bulat dan kemas seperti pulut panggang. Bakar atas bara api lebih kurang 10 minit @ sehingga masak.


1 komentar:

  1. Suka makan pulut panggang, tp belum pernah buat sendiri. Dah ada resepi ni, boleh cuba bila teringin nak makan. Terima kasih yer.

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...