Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Rabu, 25 Mei 2011

RESEPI PULUT AYAM

BAHAN-BAHAN
  • 3 cawan beras pulut
  • 300gm Ayam tanpa tulang (dihiris nipis)
  • 1 gengam tangan udang kering (dicuci)
  • 4-5 cendawan shiitake kering(direndam dan dihiris nipis2) 
 =Bahan-bahan A= 
  • *2cm halia (*dikisar)
  • *1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu besar sos tiram
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung (yg berwarna putih) 
 =Bahan-bahan B=
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 biji bawang merah kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • *1 sudu besar kicap hitam
  • *1 sudu besar sos tiram
  • *½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • *½ sudu besar minyak bijan
  • *Serbuk lada putih secukupnya 
CARA MEMBUATNYA
  1. Persediaan Awal:Pulut direndam dalam air selama 3-4 jam. Ayam dihiris dan diperap degan bahan-bahan A sekurang-kurangnya ½ jam (simpan dalam peti sejuk).
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, masukkan udang kering dan cendawan. Goreng sampai nampak kering.
  3. Masukkan pulut (tanpa air) dan goreng utk 1-2 minit. Masukkan semua bahan-bahan B* dan kacau sehingga rata. Matikan api.
  4. Lapis 6 mangkuk kecil dengan 4-5 hirisan ayam yg diperap, isikan nasi pulut tadi 3/4 penuh. Kalau nak kukus dalam 1 loyang besar pun boleh tapi masa kukus lama sikit.
  5. Kukus selama 30 minit atau sampai masak. Padamkan api dan biar nasi dalam kuali ke steamer utk 5-10 minit. Kalau terus keluarkan lepas kukus, permukaannya akan jadi kering.
  6. Terbalikan nasi pulut ke atas pinggan dan hiaskan degan hirisan chili jika suka. Sedap juga dimakan dgn chili sos yg pedas.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...